BR1M, Bantuan Sara Hidup Dihapuskan? Apa Pendapat Anda?

Apa pendapat anda jika BR1M atau Bantuan Sara Hidup dihapuskan?

Dalam satu kenyataan media, Perdana Menteri Tun Mahathir memaklumkan kerajaan akan mengurangkan insentif BSH sedikit demi sedikit dalam usaha menghapuskan pemberian tersebut.

Namun terdapat pelbagai bantahan termasuk dalam parti Pakatan Harapan sendiri kerana ianya melanggar janji dalam manifesto PH supaya BR1M dikekalkan.

Senator Dr Muhammad Nur Manuty pula menyarankan agar kerajaan menurunkan harga barang terlebih dahulu sebelum menghapuskan BR1M.

“Harga barang mesti diturunkan terlebih dahulu supaya mereka (rakyat) tidak sengsara kerana pendapatan yang sedikit dan mengalami kemiskinan yang berterusan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Baca: Cara Mohon Bantuan Sara Hidup 2019

BR1M & Bantuan Sara Hidup Dihapuskan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali pula berkata kerajaan Pakatan Harapan membantah pemberian BR1M kerana ianya salah dan mengandungi elemen rasuah politik BN dalam meraih undi semata-mata.

“Prinsip BR1M itu sebenarnya untuk memberi kepada orang-orang Umno bagi tujuan mendapat undi di dalam pilihan raya.

“Berbeza dengan Selangor, kita tidak menyogok dengan wang tunai, kita ‘empower’ mereka supaya boleh berdiri di atas kaki mereka sendiri,” katanya semasa membahas titah ucapan Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Apa Pula Pendapat Anda?

Sebagai penerima BSH, apa pendapat anda? Patutkah kerajaan meneruskan pemberian BR1M atau Bantuan Sara Hidup?

Atau kerajaan harus memperkenalkan skim insentif baru yang bukan sahaja dapat menjadikan rakyat berdikari malah mampu membantu ekonomi rakyat supaya dapat berkembang dari golongan B40 kepada golongan M40.

Jom kongsikan di komen…

9 thoughts on “BR1M, Bantuan Sara Hidup Dihapuskan? Apa Pendapat Anda?

  1. A lot of people are suffering because of high cost of living! The govt says want to help rakyat but they are not helping! This new govt no different from previous govt. ! Not reducing the burden of the rakyat!!

  2. MAJORITI PH di’Menangkan Rakyat’ adalah kepercayaan nasib Rakyat Msia akan lebih bagus.
    Gayanya #PH Hanya akan memerintah utk SATU PENGGAL SAHAJA !!
    Rakyat Miskin & Bekas2 Tentera terutama yg Tidak Berpencen TIDAK akan memberi undi mereka lagi utk #PH dari risikan2 perbualan santai harian yg didengar !!
    Satu Persatu AUTA TEMBERANG #PH mulai keluar 😊😁😂

  3. Teruskan brim, ramai rakyat malaysia amnya, khasnya sabah dan sarawak, memerlukan bantuan seperti itu. Duit gaji hanya sekadar cukup makan,, tak lebih dari itu. kalau nak tarik brim, berilah peluang pekerjaan yg lebih baik dari sekarang.Jgnlah jadi mcm zaman BN.Mcm Kisah Pak kadok, ayamnya menang tapi kampung tergadai… .

  4. rasuah xakn berakhir.dadah juga judi…kalau BRIM dianggap rasuah dia akn jdi rasuahlah ingat brim utk bntu rakyat miskin..org yg kaya mmg dia xperlukan bantuan brim..turun padang tengok mata sendiri bgimna gulungan miskin kais pagi mkn pgi.juga kki tgn krjaan berhutang sna sini..utk menampong ank bini umah sewa..indah kbr dri rupa..klu PH hampuskn brim mmg lingkuplah akn dtg parti ni

Leave a Comment