BRIM 2019 Ditukar Kepada Bantuan Sara Hidup. Mohon Sekarang!

Ramai yang masih keliru menantikan tarikh pembayaran BRIM 2019.

Tahukah anda pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah ditukar kepada Bantuan Sara Hidup 2019.

Tidak semua penerima BRIM layak menerima bantuan kali ini.

Namun terdapat berita gembira di mana BSH menyediakan tambahan RM120 kepada penerima yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah.

Selain itu, penerima BSH layak memohon perlindungan insurans sebanyak RM50 sehari.

Permohonan insurans ini akan dibuka tidak lama lagi yang akan dikendalikan secara terus melalui Bank Negara Malaysia.

Kadar Bayaran BRIM 2019 / BSH

Berikut adalah kadar pembayaran mengikut kategori pendapatan:

  • Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah (BSH RM1,000)
  • Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000 (BSH RM500)
  • Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 – RM3,000 (BSH RM750)

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan diterima secara keseluruhan ialah RM1,480.

Jika dikira jumlah keseluruhan bantuan yang diterima lebih tinggi berbanding BR1M iaitu sebanyak RM1,200.

Pendaftaran & Permohonan Baru

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan baru bermula Januari 2019.

Link akan dikemaskini sebaik permohonan dibuka nanti.

Buat masa sekarang Kerajaan belum mengumumkan apa-apa berita terkini tentang BSH 2019 melainkan tiga perkara berikut:

  • Kepada penerima BSH 2018 yang masih belum membuat penunaian baucar BSH 2018, anda diberi tempoh sehingga 14 Disember ini sahaja. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.
  • Manakala tempoh kemaskini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019.
  • Tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.

Kepada penerima BSH 2018, anda wajib kemaskini permohonan BSH masing-masing di portal LHDNM.

Proses kemaskini wajib dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Kegagalan memberikan butiran peribadi terkini yang tepat boleh menyebabkan permohonan anda ditolak serta merta.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan / pertanyaan boleh terus hubungi talian berikut:

  1. Hotline MOF — 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  2. Hotline BSH LHDN — 1-800-88-2716
  3. Faksimili MOF — 03-8882 3933

Atau boleh terus ke pejabat Sekretariat MOF di alamat:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

16 thoughts on “BRIM 2019 Ditukar Kepada Bantuan Sara Hidup. Mohon Sekarang!”

  1. Walaupun semakkan telah dibuat ..bantuan brim ke ..atau bantuan sara hidup..telah diluluskan…tapi saya muskil..sampai ke hari ini 16/12/2018. Tidak ada pun masuk ke akaun saya…walaupun saya telah hubungu pihak Lhdn….

  2. Tuan,
    Mohon beri panduan mengisi BRIM yang baru.
    Saya sudah pun mendaftar dan layak menerima BRIM tahunan.
    Bagaimana pula dengan borang yang terdahulu? masi boleh dipakai atau mesti isi borang baru?

    Mohon penjelasan,
    Kuhim@Ebin Bin Ugat

  3. Salam sejathera
    Sy nak memohon BSH 2019
    I tak dpt borang
    Online pun tak jadi memohon
    Tlg bg tahu mcm mana kita boleh memohon🙇
    Ucapan ribuan terima kasih
    My dear lovely femily ⚘

  4. PERMOHONAN SAYA PADA 2017 TElAH DITOLAK ATAS DASAR PENDAPATAN FAMILI MELEBIHI RM 4,000/- AKAN TETAPI SUAMI SAYA SUDAH TIDAK BEKERJA BERMULA TAHUN 2018 DAN SEKARANG KAMI SUDAH TIDAK MEMPUNYA sebarng PENDAPATAN.

    BAGAIMANA CARANYA UNtUK SAYA MEMBUAT PERMOHONAN BARU PADA 2019 INI..?

Leave a Comment

Diskaun RM120 Untuk Booking Mana-Mana Homestay di AirbnbDaftar Sekarang
+ +