BSH 2019 Akan Dibayar Selepas Tahun Baru Cina (Dikemaskini)

Ramai yang nak tahu bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2019?

Hari ini dalam satu sidang media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu bayaran pertama akan dibuat selepas Tahun Baru Cina nanti.

Buat masa sekarang Kerajaan sedang mengumpul data-data penerima yang layak.

Sekiranya anda ada memohon BSH sebelum ini, pastikan anda kemaskini permohonan anda dengan kadar segera bagi melancarkan proses tersebut.

LGE juga memaklumkan Kerajaan akan mengguna pakai kaedah baru dalam melaksanakan pengagihan Bantuan Sara Hidup kali ini. 

Kenyataan Media BSH 2019

bantuan sara hidup bsh 2019

Berikut adalah kenyataan rasmi LGE tentang pembayaran BSH 2019:

“Kita mempunyai pendekatan baharu, maka ia memerlukan masa untuk dilaksanakan.

“Seperti mana diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2019, kita mempunyai kaedah baharu melaksanakan pengagihan BSH.

“Ia akan dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina dan ia akan dibayar,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Ketika pentadbiran terdahulu, BSH dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menerusi BSH, setiap isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerimaRM1,000.

Bantuan tambahan juga akan diperkenalkan iaitu golongan B40 yang mempunyai anak bawah usia 18 tahun akan menerima RM120, bagaimanapun terhad kepada empat orang anak.

Dalam perkembangan lain, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap bank pelaburan terkemuka dari Amerika Syarikat, Goldman Sachs, susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Guan Eng berkata, kerajaan menyerahkan pertimbangan itu kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Sudah tentu kerajaan akan mengambil tindakan berhubung perkara ini, namun prosedur undang-undang kita serahkan kepada Peguam Negara.

“Perkara ini akan dibincang serta diuruskan oleh Peguam Negara dan setiap bahagian mempunyai bidang kuasa tersendiri,” katanya.

Sebelum ini, tuntutan saman sivil diusahakan terhadap Goldman Sachs bagi mendapatkan semula dana berjumlah AS$4.5 bilion nilai kerugian yang dialami melalui urus niaga 1MDB.

Mengulas isu berbeza, Guan Eng ketika ditanya mengenai isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkata, pandangan dan persetujuan semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) diperlukan bagi mencapai keputusan bersama.

“Keputusan bersama akan memberi gambaran demokrasi yang lebih baik, rakyat perlu diberi peluang mengundi dan kita akan laksanakan seperti yang dijanjikan menerusi manifesto PH,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam satu majlis pagi ini menegaskan, pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana ia berkemungkinan mewujudkan konflik berasaskan perkauman.

Apa Pendapat Anda?

Adakah pembayaran BSH selepas Tahun Baru Cina pada 5 & 6 Februari 2019 nanti tepat pada masanya?

Kongsikan pendapat anda di bawah.

Semoga komen anda mendapat perhatian kepimpinan Kerajaan sekarang.

9 thoughts on “BSH 2019 Akan Dibayar Selepas Tahun Baru Cina (Dikemaskini)”

  1. Harap pemberian dilakukan lebih awal atau semasa pembelian buku2 sekolah. Tak perlu tunggu raya cina.
    BSH diwujudkan bukan utk raikan hari perayaan semata2, ianya juga utk ibubapa yg benar2 perlukan utk permulaan sekolah anak2.
    Mean it!

  2. Sepatutnya pemBayaran bsh perlu laa dilaksanakn sebelum buka persekolahan anak-anak utk meringankn beban ibu bapa membeli peralatan sekolah ank2 mereka

  3. Berapa kali agihan bantuan ni dalam setahun?
    contoh gaji bawah 4000.. layak bantuan rm500
    maka agihan secara:
    rm500 sekali dalam setahun?
    atau
    rm500 dibahagi 2-3 kali dalam setahun?
    atau
    rm500 utk setiap kali agihan dalam setahun?

Leave a Comment