BSH Ganti BR1M: 4.1 Juta Penerima Dibayar 6 Jun 2018

Pengumuman BSH ganti BR1M telah dibuat secara rasmi oleh Perdana Menteri Tun Mahathir pada 30 Mei lalu.

Sebanyak RM1.6 bilion dipertuntukan kepada 4.1 juta penerima yang akan menerima Bantuan Sara Hidup pertama pada 6 Jun 2018.

BSH Ganti BR1M

Klik sini untuk semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup 2018

“Kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.

“Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran,” katanya pada sidang media di sini hari ini

Berdasarkan jadual pembayaran BR1M dikeluarkan kerajaan terdahulu, fasa kedua pembayaran dijadualkan pada 6 Jun ini membabitkan agihan RM400 untuk kategori isi rumah dan senarai e-Kasih dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, termasuk warga emas.

Kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 pula bakal menerima bayaran RM300.

Fasa ketiga pembayaran BR1M kepada kedua-dua kategori terbabit, yang membabitkan agihan kadar sama adalah pada Ogos ini.

1 thought on “BSH Ganti BR1M: 4.1 Juta Penerima Dibayar 6 Jun 2018”

Leave a Comment