Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 / 2019 Secara Online

Bagaimana untuk kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018?

Berikut dikongsikan panduan langkah demi langkah bagaimana untuk kemaskini permohonan BSH anda pada tahun ini.

Sebelum itu, semakan status BSH boleh dibuat secara online di portal LHDN.

Rayuan semula boleh dibuat sekiranya permohonan anda GAGAL.

Umum sedia makluman BSH adalah “nama baru” kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M.

Pemberian BSH merupakan salah satu perkara dalam Manifesto Pakatan Harapan yang akan diteruskan supaya memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

Pemberian BSH kali ke-2 telah pun dibuat pada 15 Ogos 2018 sempena sambutan Aidiladha.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2018 / 2019

Setiap penerima Bantuan Sara Hidup perlu mengemaskini beberapa maklumat peribadi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) tahun.

Antara maklumat yang perlu dikemaskini antaranya:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Pengemaskinian ini penting supaya permohonan anda diterima semula bagi pemberian BSH yang akan datang.

Sekiranya anda didapati menipu, permohonan anda akan DITOLAK serta-merta. Dan rekod anda mungkin disenarai hitam daripada menerima sebarang jenis bantuan kerajaan.

Untuk kemaskini BSH 2018 secara online, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal eBR1M
  2. Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
  3. Sila masukkan No. MyKad
  4. Klik Kemaskini Permohonan
  5. Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera

Setiap soalan hanya diberikan opsyen tiga kali menjawab sahaja. Sekiranya salah tiga kali berturut-turut akaun anda akan disekat.

Apa yang anda perlu buat ialah pergi ke mana-mana cawangan LHDN untuk aktifkan semula akaun.

Pemohon perlu beri perhatian pada bahagian B iaitu maklumat pemohon / ahli isi rumah.

Jika ada penambahan ahli isi rumah, sila tambah maklumat tanggungan anda.

Kemaskini juga maklumat pendapatan kasar bulanan jika anda perubahan.

Jika maklumat waris tidak pernah diisi, klik Pilihan Waris sama ada ADA waris atau TIADA waris.

Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.

Jika sudah selesai proses kemaskini BRIM, sila cetak permohonan sebagai rujukan akan datang.

18 thoughts on “Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 / 2019 Secara Online”

  1. Wa manyak mening aaa. Ini olang kaya, mengaku miskin. Dia ada Van NAE8848. Hidup manyak menipu. Wa bukak kedai kat taman seri pelangi pun kenai ini minatang. Banyak utang olang, bikin tipu sana sini. Tidak pirnah simbayang ini olang. Kalau memang sial punya worang.

  2. satu kali saja terima brim pd awal bulan dua 2018.lepas tu tiada lagi..tipu org….tanpa ksh tau.
    harap bsh tdk.walaupun ada mohon lagi utk tahun 2019,sekiranya tdk lulus tdk apa..

  3. Bulan Disember 2017, suami sy kena strok Dan hilang keupayaan Di sebelah Kanan badannya. Sy dan suami bekerja sendiri. Berikutan dgn keadaan suami sekarang, keluarga kami kehilangan hampir separuh dari pendapatan yg biasa Kami perolehi. Kami tidak pernah memohon Brim sebelum ini. Dengar keadaan suami sekarang adalah says layak untuk memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)? Bagaimanakah caranya?

  4. I want the immediately help from this Sara hidup….if u anybody help to me get this help plz cl to my hand phone my number is 0162386079….thank yo

  5. Dulu saya dapat duit brim 2 thn tapi skrg dia org tukar cakap bagi org yang betul tengah susah..saya harap pakatan harapan ..memberi saya bantuan brim akan datang..2019

  6. saya amat memerlukan bantuan sara hidup dari kerajaan kerana saya tidak boleh bekerja atas sebab kesihatan saya perlukan duit BSH ini untuk membayar duit rumah dan menyara makan dan minum anak-anak saya tolonglah kami.

  7. Kenapa bujang dah dimansuhkan untuk menerima bantuan sara hidup.. bukan semua bujang yg dpt bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan.. saya berharap PH dpt meneliti semula

Leave a Comment