Kemaskini BSH 2019 & Permohonan Baru / Rayuan Bantuan Sara Hidup

Adakah anda penerima Bantuan Sara Hidup 2019 yang akan dibayar 28 Januari nanti?

Berikut dikongsikan maklumat cara kemaskini BSH 2019 yang terkini.

Turut dikongsikan cara membuat permohonan baru dan rayuan Bantuan Sara Hidup.

Untuk makluman, pembayaran fasa pertama melibatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terdahulu.

Jadi sekiranya anda penerima BR1M sebelum ini, anda tidak perlu kemaskini permohonan.

Namun untuk pembayaran seterusnya iaitu fasa kedua dan ketiga, setiap penerima wajib kemaskini maklumat melalui sistem BSH 2019.

Cara Kemaskini BSH 2019

Kemaskini wajib dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Antara maklumat yang perlu anda kemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Kemaskini penting supaya pihak LHDN dapat mengesahkan maklumat yang diberikan.

Dan jika didapati anda menipu dalam mengisi maklumat yang diperlukan, permohonan anda kemungkinan besar akan DITOLAK serta-merta.

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, anda diminta untuk memasukkan alamat terkini supaya baucar penunaian boleh dipos ke alamat masing-masing.

Baucar tersebut boleh ditukar kepada tunai di kaunter-kaunter / ejen-ejen Bantuan Sara Hidup.

Tarikh Kemaskini Bantuan Sara Hidup

Proses kemaskini BSH 2019 akan dibuka bermula 1 Februari ini sehingga tarikh tutup 15 Mac 2019.

Untuk kemaskini secara online, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal Bantuan Sara Hidup
  2. Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
  3. Sila masukkan No. MyKad
  4. Klik Kemaskini Permohonan
  5. Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera

Setiap soalan hanya diberikan opsyen tiga kali menjawab sahaja. Sekiranya salah tiga kali berturut-turut akaun anda akan disekat.

Apa yang anda perlu buat ialah pergi ke mana-mana cawangan LHDN untuk aktifkan semula akaun.

Pemohon perlu beri perhatian pada bahagian B iaitu maklumat pemohon / ahli isi rumah.

Jika ada penambahan ahli isi rumah, sila tambah maklumat tanggungan anda.

Kemaskini juga maklumat pendapatan kasar bulanan jika anda perubahan.

Jika maklumat waris tidak pernah diisi, klik Pilihan Waris sama ada ADA waris atau TIADA waris.

Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.

Jika sudah selesai proses kemaskini BSH 2019, sila cetak permohonan sebagai rujukan akan datang.

Leave a Comment

Diskaun RM120 Untuk Booking Mana-Mana Homestay di AirbnbDaftar Sekarang
+ +