Panduan Mengisi Maklumat Waris Bantuan Sara Hidup Rakyat

Setiap permohonan Bantuan Sara Hidup (baru / lama) wajib mengisi maklumat waris.

Maklumat waris sangat penting terutama ketika proses tuntutan BSH untuk pemohon yang mempunyai masalah kesihatan, atau masalah fizikal (OKU), atau pemohon dipenjarakan.

Selain itu, hanya penama atau waris yang layak menuntut Skim Khairat Kematian (SKK) andai kata penerima BSH meninggal dunia.

Berikut senarai waris yang layak didaftarkan / dinamakan sebagai waris Bantuan Sara Hidup:

  • Ibu / bapa
  • Pasangan (suami / isteri)
  • Anak
  • Adik-beradik
  • Cucu

Pendaftaran sebagai waris tidak hanya terhad untuk warganera Malaysia sahaja. Sekiranya waris mempunyai hubungan pertalian seperti di atas, maka layak didaftarkan sebagai waris BSH.

Maklumat Waris Bantuan Sara Hidup Rakyat

Adakah dokumen seperti kad pengenalan waris diperlukan ketika proses mengisi borang permohonan?

Jawapannya tidak perlu.

Pemohon hanya perlu pastikan maklumat diisi dengan tepat (nama, no. IC, etc) dan penama mempunyai hubungan seperti dinyatakan.

Untuk makluman, tiada had kelayakan umur seseorang untuk menjadi waris penerima BSH.

Peringatan! Sekiranya anda menandakan ruangan TIADA WARIS maka sebarang urusan penuaian atau tuntutan SKK tidak dibenarkan sama sekali.

Untuk menukar semula, anda boleh kemaskini Bantuan Sara Hidup di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi BSH atau hubungi nombor talian hotline berikut 03-8882 4565 / 03-8882 4566.

5 thoughts on “Panduan Mengisi Maklumat Waris Bantuan Sara Hidup Rakyat

  1. Tidak patut dihapuskan kerana kami para pesara kerajaan yg berpendapatan dibawah para kemiskinan memerlukan bantuan ini untuk belanja sarahidup.

  2. tak perlu di hapuskan bahkan teruskan hidmat pada masyarakat yg betul betul layak menerimanya seandainya pihak kerajaan melakukan tanggung jawab yg sepatut di perlakukan dan tidak hanya bersandarkan anggapan yg seseorang itu tak layak menerima walhal sebaliknye.

  3. Bantuan Sara idup banyak membantu golongan miskin tegar n separa, mereka menunggu seperti bonus, dpt meringan kan beban rakyat,harap kerajaan harapan dpt memberi bantuan lebih baik dari kerajaan terdahulu jika mau trus berkuasa, rakyat kini lebih matang menilai politik semasa.

Leave a Comment