Cara Membuat Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2018

Permohonan BSH anda gagal? Berikut dikongsikan cara membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2018.

Namun perlu diingatkan, permohonan rayuan ini hanya terbuka kepada lima (5) golongan berikut sahaja:

  1. Kod tidak lulus (05) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Kod tidak lulus (06) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
  3. Kod tidak lulus (07) – Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  4. Kod tidak lulus (14) – Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
  5. Kod tidak lulus (15) – Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000

Hanya anda yang tidak lulus dengan alasan kod di atas sahaja layak mengemukakan rayuan.

Semakan status permohonan boleh dibuat di portal rasmi LHDN.

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2018

BSH telah diperkenalkan oleh Pakatan Harapan sebagai insentif terbaru bagi menggantikan BR1M.

Sebanyak RM1.6 bilion diperuntukkan kepada 4.1 juta penerima BSH pada 6 Jun lepas.

Semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat permohonan layak memohon Bantuan Sara Hidup Rakyat tahun ini.

Permohonan terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu:

  • Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
  • Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan menerima bantuan BSH pada bulan Februari, Jun dan Ogos setiap tahun.

Sekiranya permohonan anda gagal, anda boleh mengemukakan rayuan dengan memuat turun borang rayuan di portal LHDN.

Contoh surat rayuan adalah seperti berikut:

 

permohonan rayuan bantuan sara hidup

Buat masa sekarang LHDN telah menutup rayuan BSH bagi memberi laluan kepada pemohon sedia ada.

Kami akan kemaskini link download borang rayuan sebaik dimaklumkan oleh pihak LHDN dalam masa terdekat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami atau tinggalkan komen di bawah.

Sebarang maklum balas akan disiarkan di blog Bantuan Sara Hidup ini. Harap maklum.

11 thoughts on “Cara Membuat Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2018”

  1. Selamat petang..saya nak tanya.saya seorang suami..dan bagainana saya ingin mengubah semua kemaskini kepada nama saya…ini kerana sebelum ini.permohonan adalah nama isteri saya..

  2. Saya ada satu soalan.
    Soalan saya adalah…
    Seorang wanita yang mempunyai 1 orang anak yang tidak sah taraf (anak luar nikah) dan tidak memiliki mana2 sijil kahwin atau sijil cerai sebab anak tersebut tidak mempunyai maklumat ayah dan cuma ada maklumat ibu sahaja ,dan wanita ini tidak mempunyai pendapatan tetap. Adakah wanita ini layak membuat rayuan BSH? Kerana sebelum ini dia tersenarai dalam penerimaan BR1M kategori bujang walaupun dia ada anak. Alasan LHDN adalah wanita ini tidak mempunyai status perkahwinan. Tetapi dia ada anak di luar nikah. Walaupun dokumen anak sudah diserahkan kpd LHDN pun rayuannya tetap ditolak.

Leave a Comment