Semakan Status Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 Online

Masih tak tahu status permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) lulus atau tidak?

Berikut dikongsikan panduan cara membuat semakan status permohonan BSH secara online.

Untuk makluman, BSH adalah bantuan kerajaan terkini yang diperkenalkan pada 30 Mei 2018 bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

BSH pertama telah pun dikreditkan kepada akaun penerima pada 6 Jun lalu.

Lebih 4 juta menikmat BSH 2018. Dan permohonan kini dibuka kepada semua yang layak memohon kecuali pemegang Kad Debit Diskaun Siswa TIDAK LAYAK memohon bantuan ini.

Jumlah Bantuan Mengikut Kategori

Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori.

Pecahan setiap kategori adalah seperti berikut:

  • Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
  • Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Jadual di bawah menunjukkan tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup pada bulan Februari, Jun dan Ogos setiap tahun.

Kategori Jumlah Bantuan Feb Jun Ogos
1 RM450 RM450
2 RM900 RM300 RM300 RM300
3 RM1,200 RM400 RM400 RM400

Pastikan anda membuat permohonan mengikut kategori masing-masing.

Setiap permohonan akan disemak secara terperinci oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum meluluskan permohonan BSH anda.

Sebarang penipuan akan mengakibatkan permohonan anda GAGAL serta-merta!

Pembayaran BSH 2018

Setiap pemohon / penerima BSH 2018 wajib menyediakan nombor akaun bank bagi tujuan pembayaran terus ke akaun masing-masing.

Baca: Tarikh Pembayaran BSH 2018

Hanya penerima yang tidak mempunyai nombor akaun akan menerima surat baucar yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran anda.

Surat baucar akan dipos mengikut alamat yang telah didaftaran dalam sistem BSH.

Antara bank lain yang terlibat dalam proses pembayara BSH termasuklah:

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Semakan Status Bantuan Sara Hidup 2018

Kepada anda yang telah memohon namun masih belum tahu status kelulusan, anda boleh membuat semakan status Bantuan Sara Hidup 2018 di portal rasmi BSH. Layari bsh.hasil.gov.my

AMARAN!

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengeluarkan senarai laman web palsu berkaitan bantuan ini.

Pemohon dinasihatkan agar tidak memberikan sebarang maklumat peribadi di laman web berikut:

  • http://brim-hasil.net/
  • https://www.facebook.com/BR1M3/
  • http://www.br1m.info
  • http://www.br1m.net
  • http://www.br1m2017.com
  • http://www.bantuanrakyat1malaysia.com
  • https://www.facebook.com/BR1M2017/
  • http://bulletinmedia.blogspot.my/2017/01/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena.html
  • http://www.siakapke.li/terkini/bayaran-brim-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cina
  • http://pingje.org/infoje/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cinabr1m-telah-di-kreditkan-ke-akaun-sila-semak-akaun-anda/
  • http://wow.com/permohonan/
  • https://www.mysumber.com/duit-br1m.html
  • http://www.malaysiatercinta.com/2013/12/tarikh-dan-cara-pembayaran-br1m-2014.html
  • http://myeidos.com/semak-kemasukan-duit-br1m/

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan / pertanyaan boleh terus hubungi talian berikut:

  1. Hotline MOF — 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  2. Hotline BSH LHDN — 1-800-88-2716
  3. Faksimili MOF — 03-8882 3933

Atau boleh terus ke pejabat Sekretariat MOF di alamat:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Anda juga boleh tinggalkan komen di bawah. Kami akan cuba dapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk pemohon yang sudah menerima BSH pada Jun lalu.

23 thoughts on “Semakan Status Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 Online

  1. ingin menyemak apakan masih ada maklumat terdahulu ..di brim yg masih boleh digunapakai untuk permohonan bsh terkini.

  2. Ingin menyemak masih boleh digunakan pakai maklumat terdahulu yang diberikan pada lhdn,untk permohonan bsh terkini

  3. Bagaimana untuk saya buat permohonan baru kerana saya mempunyai seorang tanggungan, saya adalah ibu tunggal dan saya juga bekerja

  4. saya ibu tunggal tiada perkerjaan tetap punya 4anak belum berkerja dan sakit semua surat yg dikehendaki telah diberi tapi tak dapat juga.

  5. I did received Bantuan Sara Hidup via RHB bank, but I didn’t receive any letter or statement (penyata). I need this because my daughter need to apply for PTPTN loan. Thank you.
    Krishnan, ic no: 610822025003

  6. Adakah penerimaa brim akan mendapat BSH secara automatik ataupun kita harus memohon sekali lagi.
    Tolong maklumkan cara untuk memohon. Terima Kasih.

  7. saya pesara kerajaan,saya menerima pencen
    sebanyak RM1,564.86 sen sebulan.
    saya tak pernah mohon Brim,
    sebab saya dan isteri saya tinggal dengan anak
    permpuan saya.
    adakah saya layak memohon BSH.
    terima kasih.

Leave a Comment