Permohonan Skim Khairat Kematian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

Tahukah anda waris kepada penerima Bantuan Sara Hidup yang telah meninggal dunia layak membuat permohonan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH RM1,000.

Berikut dikongsikan apakah prosedur yang perlu dilalui bagi tuntutan khairat kematian tersebut.

Sebelum itu pastikan anda adalah waris yang telah didaftarkan secara sah di Bahagian Maklumat Waris ketika proses permohonan Bantuan Sara Hidup bagi melayakkan anda menuntut SKK.

Baca juga: Pendaftaran Permohonan & Kemaskini BSH 2019

Skim Khairat Kematian Bantuan Sara Hidup

Untuk makluman, hanya penerima kategori Isi Rumah dan Warga Emas layak menuntut skim khairat kematian. Penerima BSH kategori Individu adalah tidak layak.

Setiap waris yang ingin memohon SKK wajib membawa beberapa dokumen penting sebagai rujukan LHDN. Antara dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Kad Pengenalan Asal Waris
  2. Sijil Kematian yang boleh diambil dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menguruskan pembayaran selepas maklumat yang diberikan disahkan lengkap dan tepat.

Maklumat Waris BSH 2019

Itulah tujuannya kenapa maklumat waris diperlukan ketika proses pendaftaran / permohonan BSH iaitu supaya memudahkan kerja sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini seperti kematian.

Selain itu, antara tujuan utama maklumat waris ialah:

  • Menjadi wakil bagi sebarang urusan berkaitan BR1M 2018 jika pemohon mempunyai masalah kesihatan, masalah fizikal (OKU), dipenjarakan, atau bertugas di luar kawasan dan lain-lain;
  • Menjadi waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika penerima Bantuan Sara Hidup 2018 telah meninggal dunia bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas

Sesiapa sahaja layak didaftarkan sebagai waris sekiranya mempunyai hubungan pertalian dengan pemohon seperti syarat yang telah ditetapkan.

Antara waris yang layak didaftarkan:

  • Ibu
  • Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu

Semasa proses pengisian bahagian Maklumat Waris, anda tidak perlu mengemukakan apa apa dokumen pengenalan waris.

Anda hanya perlu pastikan maklumat waris yang didaftarkan adalah tepat dan mempunyai hubungan pertalian yang telah ditetapkan.

Sekiranya ingin menukar maklumat waris, sila rujuk mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban
Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Penukaran maklumat ini boleh disebabkan berlakunya kematian atau atas kehendak pemohon sendiri.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi BSH di sini https://bsh.hasil.gov.my/

  • 1
    Share

5 thoughts on “Permohonan Skim Khairat Kematian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019”

  1. Saya penerima bsh. Suami saya warga emas telah meninggal dunia pada 26/8/2018
    Layakkah saya memohon tuntutan skim khairat kematian.
    (SKK)
    Terima kasih atas maklum balas.

    • I am a BSH receiver. My wife is a senior citizen who died on 06/12/2018.
      Am I eligible to apply for Skim Khairat Kematian (SKK)?
      Please email to me an application form & documents required.
      Terima kesih,

      Regards,
      M,Ratnasingam

      • salam sejahtera,,saya penerima bsh.isteri saya baru meninggal dunia pada 22/09 /2018 layakkah saya untuk tuntut skim khairat kematian . tolong hantarkan saya, terima kasih

Leave a Comment