Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019?

Dalam artikel ini kami akan bantu anda semak sama ada duit BSH dah masuk ke belum.

Sebelum ini Menteri Kewangan memaklumkan BSH akan dibayar selepas Tahun Baru Cina.

Namun dalam media baru-baru ini Lim Guan Eng mengumumkan pembayaran BSH akan dibuat pada 28 Januari nanti.

Pembayaran masih melibatkan penerima BR1M sebelum ini.

Namun pembayaran seterusnya akan dikemaskini dan disalurkan menggunakan kaedah baru yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Umum mengetahui kerajaan Pakatan Harapan telah menggantikan BR1M kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat.

BSH pertama telah dibayar 6 Jun lalu kepada 4.1 juta penerima — melibatkan dana sebanyak RM1.6 bilion.

Pembayaran kedua tahun lepas dibuat pada 15 Ogos iaitu beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha bagi meringankan beban rakyat.

Kepada yang tidak layak, sila kemukakan permohonan rayuan (tarikh rayuan akan dimaklumkan kemudian).

Syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup juga akan dikaji semula supaya lebih adil dan telus.

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, pembayaran BSH akan dibuat mengikut jadual pembayaran BR1M iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos.

Namun bagi penerima kategori satu (1) — iaitu yang Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah, pemberian BSH sebanyak RM450 telah dibuat sekali gus pada Februari lalu.

Pembayaran BSH pada Ogos ini hanya melibatkan penerima kategori dua (2) dan tiga (3) sahaja.

Berikut adalah jadual pembayaran BSH setiap tahun:

Kategori Jumlah Bantuan Feb Jun Ogos
1 RM450 RM450
2 RM900 RM300 RM300 RM300
3 RM1,200 RM400 RM400 RM400

Tarikh pembayaran rasmi belum dimaklumkan. Tetapi mengikut jadual pembayaran sebelum ini, pemberian BSH akan dikreditkan ke akaun penerima awal bulan Ogos nanti.

Bagaimana dengan penerima yang tidak mempunyai akaun bank?

Jangan risau! Penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima surat baucar untuk ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Penting untuk anda maklumkan alamat rasmi ketika proses permohonan BSH supaya memudahkan pihak LHDN menghubungi anda sekiranya terdapat sebarang perubahan atau makluman terkini.

9 thoughts on “Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019”

  1. Macam mana pula ketogeri bujang yg suda buat rayuaan dan sudah lulus, yang saya check hari tu cakap masuk 20hb dalam bank, saya suda check untuk kali ketiga termasuk hari ni tp masi belum masuk 😌

  2. tv dah bagitahu bshr 2019,akn diberi pada 28 jan 2019.rm300 dulu..diambil data2 2018 dulu, untuk pembayaran seterusnya kerajaan akan bayar selepas pengesahan data2 yg diberi.

  3. Saya bujang dan oku fizikal, sy patah tulang belakang dan menggunakan wchair untuk bergerak, sya tinggal bersendirian di rumah yg beralamat 92, jln besar, felda palong 2.. Saya kerja sendiri yg mana pendapatan saya kurang dari rm2000. Saya ingin tahu, adakah saya layak untuk menerima bantuan sara hidup 2019

Leave a Comment

Diskaun RM120 Untuk Booking Mana-Mana Homestay di AirbnbDaftar Sekarang
+ +